4 Orang Jiran Sebelah Sibuk

Tension Ketika Exam

Di Taip Laju-laju Pada 16 November 2013


Assalamualaikum korang.

Hari ni ieka nak berkisah sikit pasal apa yang terjadi pagi tadi. Agak geram juga la, tapi tak adalah sampai ke tahap marah. Rasa macam nak gigit gigit ada lah. Hehe.

Pagi tadi budak Tahun Satu Degree Komputer Sains kat UTM JB ada test programming C++Mid Term test. Soalannya sangatlah banyak dan sangatlah confusing !

Tambahan pula manusia yang macam ieka yang over confident ni, tak study cukup semalam, memang susah lah kan.

Masa dia bagi dua jam untuk jawab tiga bahagian soalan yang bapak banyak gila. Sudahlah confusing kan, memang ambil masa yang lama.

Tengah sedap rilek rilek jawab soalan last, problem solving, konon konon boleh rilek lah kan sebab dah nak habis jawab dah. Ingatkan masa banyak lagi. Sekali dia cakap ada lagi sepuluh minit kut. Apa lagi, terus kelam kabut. Tulisan macam apa ntah.

Sepuluh minit lepas tu, lecturer tu pun kata lah,
Okay, masa dah tamat.
Ketar tangan ni tulis selaju mungkin. Sebab ada lebih kurang 20 line coding je yang tak habis tulis lagi. Lepas tu dengan selamber badaknya dia sambung ayat.
Saya ada berita gembira. Masa extend lagi setengah jam.
Lepas tu ada jugak la rasa macam nak bangun pergi lempang dia laju laju kejap. Rasa je lah, tak buat pun. Terus ieka sambung tulis dengan rilek balik. Siap sempat conteng kertas dengan nama TaeMin and MyungSoo. Haha.

Tapi itu tak bermakna ieka boleh jawab dengan jayanya. Maknanya adalah, ieka malas nak check. Memang betul betul dah give up and pasrah. Malas nak ambik pusing dah. Lantaklah. Sapa suruh tak study semalam. Padan muka aku.

Haha. Ciao.

Nota : 
Peringatan : Jangan malas malas nak study eh. Tak baik.

4 comments:

Anis Farhana said...

serius rasa nak lempang laju laju kalau jadi macam tu. lol >.<

Ieka XieaRf said...

@Anis Farhana : kan. boleh pulak dia buat lawak gitu

Nurfaezah Abdullah said...

lempang jgn x lempang hahahha fae pun suka study last minute

Ieka XieaRf said...

@Nurfaezah Abdullah : best kan study last minit. rasa mcm ohsemm :p