0 Orang Jiran Sebelah Sibuk

Cara Kurangkan Stress

Di Taip Laju-laju Pada 17 November 2013


Assalamualaikum semua.

Korang pernah rasa stress tak ? Rasa macam tertekan tahap gaban sampai tak tahu dah nak buat macam mana. Kalau pernah rasa, tahniah la, anda manusia normal.

Bagi ieka, stress tu satu keperluan juga sebenarnya. Bila kita rasa stress, kita rasa down. Itu boleh di jadikan motivasi untuk diri kita sendiri supaya bangun dan jangan sesekali buat benda yang sama so that nanti tak adalah kita rasa lagi stress tu.

Faham tak ?

Okay. Kalau ieka stress kan, ieka mungkin akan tidur, atau tengok movie yang lawak so that ieka akan gelak sampai tak hengat ! Bila dah macam okay sikit, barulah ieka mula muhasabah diri. "Apa yang aku buat sampai jadi macam ni ?" "Apa yang salahnya ?"

Bila dah dapat jawapan, beringatlah. Nanti jangan ulang dah.

Paling penting, kita kena sentiasa berfikiran positif. Jangan asyik nak salahkan orang, takdir mahupun diri sendiri. Kita kena ingat semua yang jadi ada hikmahnya. Positif tu penting. Bukan jadi positif bila ada masalah ja, but every time.

Macam ada someone yang ieka kenal, dia punya tahap negatif dalam hidup tu tinggi gila. Kadang kadang ada gak rasa geram. Macam manalah dia boleh hidup macam tu. Masalah yang kecik dia besarkan. Benda yang simple dia serabutkan.Senang cakap, dia suka buat teruk !

Kepada korang, marilah kita sama sama berfikiran positif. Supaya tenang minda dan tenang kehidupan. Paling penting, jangan tinggal solat. Solat tu sumber ketenangan. Okay ? Ciao <3

Nota:
Hari ni terlebih tidur so kepala biul sikit.

No comments: