1 Orang Jiran Sebelah Sibuk

Al - Kisah Ibu Penyayang

Di Taip Laju-laju Pada 14 Ogos 2013

AMARAN !
ini adalah kisah benar
Tersebut kisah bakal ibu ini. Dia tiada bersuami. Yang sepatutnya bertanggung jawab ke atas anak di dalam kandungannya ini entah hilang ke mana. Tapi dia tabah demi anak anak. Tidak terlintas langsung mahu menggugurkan anak anak nya.

Sudahlah itu, dia di buang pula ke tepi jalan. Akhirnya dia terpaksa menumpang teduh di kedai kedai. Dia bukanlah berpelajaran, tiada mampu dia untuk bekerja. Perutnya pula sangat besar. Rasanya bakal dapat anak kembar.

Nasibnya agak baik kerana di beri tumpang di sebuah kedai dan di jaga segala makan minum seadanya. Tapi kadangkala terpaksa juga dia meminta makan lebih sedikit kerana dia mudah berasa lapar. Maklumlah, dalam perut banyak mulut yang harus di suap. Tidak pula dia kisah jika terpaksa mengemis. Demi anak di kandung !

Tiba saat yang di tunggu, di takdirkan dia melahirkan anak tika tuan kedai pulang kampung cuti berhari raya. Terpaksa dia menahan jerih perit sakit bersalin berseorangan.

Alhamdulillah. Akhirnya dia berjaya melahirkan empat anak kembar. Di asuh dan di jaga anak anak nya berseorangan. Tidak pernah dia mengeluh. Berterus terusan menjaga anak anak nya.

Dapat tak pengajaran dia kat sini. Baik kan ibu ini. Nak kenal tak siapa dia ?
Inilah dia. Namanya Benjamin Cullen atau nama manjanya Ben. Dia ibu tunggal beranak empat. Ini baru pengorbanan ibu kucing kay. Tak kira lagi pengorbanan ibu manusia.

Renung renungkan. <3

1 comment:

Ct Noraishah said...

itu baru pengorbanan seekor kucing kalau pengorbanan seorang ibu lagi perit. Nak membesarkan anak lagi nak mecari rezki lagi. Semoga kiter semoga sentiasa menghargai pengorbanan seorang ibu dalam mendidik setiap anaknya