0 Orang Jiran Sebelah Sibuk

Baru Balik Kenduri

Di Taip Laju-laju Pada 26 Januari 2013
Assalamualaikum korang semua.

Fuhh. Penat, baru balik kenduri. Pergi tengah hari tadi dalam pukul 12.30, then sampai dalam 4.30 tadi. Penat apa ntah. Bukan buat apa pun.

Ieka pergi rumah kawan ieka, Shafikah, kakak dia kahwin. Kakak dia ye, bukan dia !

Best jugaklah. Pergi ramai-ramai kan. Naik sampai penuh kereta. Nasi baik tak kantoi. Kalau tak, free aje kena saman.

Sebiji kereta yang comel di henyut untuk dimuatkan 6 orang. Kat belakang lah agak terseksa. Tapi, apa pun, serius best.

Makan ? Sedap ! Safia dengan Nabilah siap bertambah lagi. Ambil dua pinggan. Dengan selamba badak dan lembu. -.-

Tak lama lepas kami sampai, budak-budak laki pun sampai gak. Diorang pun ramai. 9 orang kot kalau tak silap. Lantak diorang lah.

Gambar ? Tak ada. Ieka tangkap guna kamera kawan. So, tak ada pun gambar kat ieka. Hehehe..

I think that's all. Ciao <3

Nota:
Ieka tengah menulis cerita pendek, taklah pendek sangat tapi tak adalah panjang macam novel. Nak ieka share ?

No comments: