0 Orang Jiran Sebelah Sibuk

First Exam Paper Done

Oh yeah ! Eh silap. Alhamdulillah ! Habis juga paper first untuk final exam Semester Pertama 1-DDPZ UTM KL 2012. Waaa.... Lega. Ada lagi empat paper lagi untuk dikerjakan. Huehue. Kerjakan tuh.

Next paper, subjek yang ieka tak mampu nak menjatuhkan cinta ieka terhadapnya. Yup. Logik Digital atau bahasa omputihnya Digital Logic. Tak ada beza eh? ==''

Tak apa. Walaupun tak cinta, tapi ieka akan cuba untuk suka. Bila dah menstudykan diri dengan subjek Logik Digital ni, lama-lama rasa macam not bad juga subjek ni. Since dia memang ada kaitan dengan komputer kan.

Tapi la, kenapa la makhluk-makhluk komputer pelik sangat eh. Bukan kah lagi senang nak memahami kalau guna aksara and what-so-ever rather than nak guna 0 and 1 je. Betul tak? Tak susah ke komputer nak ingat apa beza 00011110 dengan 00011111 ? Kan?

Hidup dekat UTM ni, semakin lama semakin best. Entah kenapa. Ieka pun konfius gak. Maybe sebab dah cuti lama. 2 minggu tak jejak kampus, baru pagi tadi pergi melawat. Rindu? Tak de pun. Duduk dekat asrama lagi best.

Tapi honestly, jadi budak komputer sains memang gempak lah. Selain dari ada classmate yang gila main game sampai sangat tak tidur and berblogging, pegang title budak sains komputer memang best. Sebabnya, tak semua orang pandai pasal komputer.

Memanglah orang tahu guna komputer tapi tak semua orang pandai betul-betul kan. Since komputer merupakan gadget yang digunakan hampir seluruh rakyat dunia kini, jadi orang pakar komputer memang rasa macam high class sikit.

Ieka tahu ada yang kata, budak komputer, nak kerja susah. Come on lah. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Kalau ambil medic pun, kalau tak usaha, takkan ada offer jadi doktor datang bergolek, betul ? Sendiri mahu fikirlah.

Sebabkan orang selalu kata macam itu, ieka sekarang tengah berusaha la nak menggali lubang kerja dari sekarang. Freelance Designer. Waa.. Fantastic. InsyaAllah. Andai dapat restu, jadilah ieka seorang Freelance Designer.

Itu je kot nak merapu hari ini. Kalau rajin, malam ieka tulis lagi. Heheh. Jaa!

No comments: