2 Orang Jiran Sebelah Sibuk

Fenomena Mat Luthfi

Assalamualaikum wbt. Sihat kah semua manusia yang sedang membaca hari ini?

Nak tanya sikit, kenal tak Mat Luthfi ? Kepada korang yang suka berYouTube, for sure mesti kenal kan.
Ieka tak sure sangat nama penuh dia. Tapi, mamat ni asal orang Kedah. Sekarang bermastautin dekat Perth, Australia untuk study. Rasanya, dia sekarang dah di hujung-hujung pengajian di peringkat Degree. Tak lama lagi, balik Malaysia la pula.

Tahu tak betapa glamernya dia ? Dia layak bergelar Jejaka YouTube. Ini sedikit info yang diperoleh dari YouTube.
86,706 subscribers
15,313,301 video views
update pada 27/10/2012
Mat Luthfi mula mencipta fenomena sekitar pertengahan tahun 2011. Ketika itu, dia mula dikenali umum. Penghasilan video berkualiti berserta audio yang sangat jelas serta video santai dan penuh mesej sangat mudah diterima.

Kalau korang mencari video santai untuk melepaskan stress korang, video Mat Luthfi merupakan jawapannya. Dengan dialek utara yang sangat comel, lawak santai dan sedikit kurang ajar, video dia memang sangat oh sem untuk di tonton.

Fenomena Mat Luthfi memang sangat dahsyat. Bukti ?

  1. Sebelum comment pada Official MV Forteen - Berdua Bersatu di'disable'kan, top comment bunyinya lebih kurang begini - Like if you arrive here because of Mat Luthfi. Mat Luthfi pernah menghasilkan sebuah video bertajuk Rant on Lagu Cinta yang kini telah di private kan. Dalam video tersebut, ada juga di sebut pasal lagu ini. Ramai jugalah peminat Mat Lutfi ( termasuk ieka ) yang tiba-tiba suka lagu Berdua Bersatu sebab Mat Luthfi buat parody.
  2. Short filem Oley yang berkisar mengenai penjelasan hukum hudud tiba-tiba menjadi sangat popular. Sebab utamanya adalah kerana short filem tersebut ada menampilkan Mat Luthfi sebagai cameo. Buktinya, try search Mat Luthfi scene cut untuk short filem itu, memang gempak hit dia kan.
  3. Cuba subscribe channel Mat Luthfi dan buka terus bila dapat notification yang dia baru je upload video. Dalam masa 5 minit, tengok dah berapa video view dia dapat.
Cukuplah kot bukti setakat itu. Kalau still tak puas hati, stalk la pasal dia. Korang sure akan perasan betapa dahsyatnya fenomena Mat Luthfi ini.




Ieka pun dah berulang-ulang kali tengok video yang dia buat. Memang tak jemu. Tiap kali tengok pun gelak. Memang, TERBAIK !

Comel pun comel. Hehe. Jatuh tergolek pulak ieka bila tengok penampilan terkini dia dalam video terbaru tika ini:
Hensem kan dia dengan rambut baru. Jambu gitu. Suka !!

Muehehe. Sudah-sudahlah tu. Nanti tak boleh berhenti pula nak bercerita pasal mamat ni. Wassalam. <3

p/s: Kenyataan daripada Mat Luthfi sendiri : I don't have any other official accounts like Facebook or Twitter. If there's any out there, they are most probably created by my viewers :) Harap Maklum.

2 comments: