0 Orang Jiran Sebelah Sibuk

Postage From Acik Lana !

Di kala hujan lebat, kilat sabung-menyabung, guruh berdentum-dentum. Air hujan penuh membanjiri padang lapang. Kesejukan hari menusuk tulang.

Ewah-ewah. Berbunga-bunga pula ayat kite. Haha. Tahu kenapa? Sebab ieka excited baru dapat je novel yang sudah sekian lama ditunggu-tunggu.
Kalau Memang Harus Begitu
by Acik Lana
 Buku ni ieka dan kawan ieka order online. Start baca pun online actually.

For your info, penulis novel ni, Acik Lana dah publish sampai bab 40 dekat blog peribadi dia [ aciklananovel.blogspot.com ]. Ieka start baca kat situlah. Di sebabkan cerita ni sangat menarik, ieka sangatlah teringin nak habiskan pembacaan sampai bab terakhir. Sebab tu beli juga novel setebal 1031 muka surat ni.

Tak dapat dibayangkan betapa excitednya ieka bila kawan ieka, Shapikah bagi tahu yang Acik Lana akan bukukan cerita ini dalam tahun ini juga.

Kami berdua pun ambil keputusan order buku ini. Dapat harga member. Menjadi lebih mahal since kena bayar postage juga tapi rasa macam agak berbaloi juga sebab dapa KISS dari Acik Lana. Haha. Silakan tengok di bawah !
Of course bukan bibir dia. Maunya kebas bibir seminggu kalau kena buat macam itu kat semua buku yang orang order. Tapi pandai dia eja nama ieka kan. Selalu je orang tertinggal huruf H. Sayang Acik !

Bila kat rumah nantilah baru start baca. Terpaksalah tahan kejap sebab exam tak habis lagi. 2 more papers to go. Ganbatte !

Sekali lagi, thanks sangat kat Acik Lana, and akak yang susah-susah tolong post and ambil order on Acik Lana behalf. And thanks kepada my friend, Shapikah. Dia boleh masuk novel maniac macam ieka juga tapi budak tu lain sikit, dia pemalas nak membeli. Suka pinjam jerk !

I think that's all. Guruh macam makin kuat lak. Ciao <3

No comments: