2 Orang Jiran Sebelah Sibuk

Cinta Hakiki Tiada Kecewa

Post kali ini untuk menjawab persoalan dan menjelaskan beberapa perkara berhubung kisah cinta AL dan CJ yang ieka pernah ceritakan dalam post A Story of Sincere Lover. Kalau korang belum baca lagi, silakan baca dulu post itu, baru proceed dengan post ini. :)
Firstly, thanks sangat-sangat kepada budak-budak comel yang sudi comment dekat post itu. Hot sebentar post itu. Hehe.

Actually, ieka setuju sangat dengan apa yang diorang kata. Semuanya benar belaka dan kisah AL dan CJ ini harus kita ambil pengajaran.

Cinta kepada manusia, dalam pada mencari bahagia, ada banyak dugaan dan halangan yang menanti. Ada yang wujud kerana ingin menguji kesetiaan dan ada yang kerana memang tiada jodoh antara pasangan. Tapi manusia tidak pernah serik ingin mencari cinta kerana fitrah manusia inginkan kasih sayang.

Kerana fitrah ini jugalah, manusia sering lupa bahawa cinta dari Allah itu lebih berharga dan bernilai dari cinta kepada manusia.

Hal ini kerana, cinta kepada Allah mudah dan tidak akan pernah kecewa. Tahu tak macam mana nak suburkan cinta kepada Allah? Cara paling mudah, lakukan suruhanNya dan tinggalkan laranganNya. Tak payah keluarkan duit banyak-banyak, beli hadiah segala bagai.

Sentiasa percaya kepada janji Allah dan sentiasa berbaik sangka. Jika ditimpa dugaan hidup seperti kehilangan ahli keluarga atau kejatuhan ekonomi diri, yakinlah bahawa itu adalah ujian Allah terhadap kasih sayang hambaNya dan sentiasa berbaik sangka dengan ujian itu bahawa pasti ada bahagia di hujung derita.

Daripada comment Anonymous di post yang lepas, itu lagi ieka setuju.
Ok..i just nk bg advice kt ika,kwn ika and sape2 je yg bce blog ni..konklusionnye,,kalau dh pnh dkecewakan tu..kembalilah kpd Allah SWT.. kejarlah cinta Allah dlu b4 kejar cinta manusia.. xpayah la nk bercouple2.. kalau kte kejar cinta Allah InsyaAllah Allah akn tkdirkn ngn org yg lbih baik.. n cinta itu insyaAllah kekal hingga ke syurga.. I x sokong2 sape2 dlm hal ni.. wallahualam :-)
Betul sangat apa yang dia cakapkan. Buat rugi je nak kejar cinta manusia lebih-lebih. Takut nanti kecewa. Kejar cinta Allah dulu kerana cinta Allah tiada akan kecewa. Bila dapat cinta Allah, insyaAllah kita akan dapat juga cinta duniawi.

Dan for sure, cinta selepas nikah itu lebih indah dan lebih banyak kebaikannya. Banyak pahala dan tiada dosa. Wallahualam. <3