3 Orang Jiran Sebelah Sibuk

Breakfast and Photoboothing

Hue Hue. Baru je habis sarapan dengan Naadiyah, Hazirah and Amira. Naadiyah buatkan sarapan pagi ni. Sedap. Sandwich tuna + seaweed. Tak adalah macam kat atas ni. Hiasan je. Lupa nak ambil gambar sebab lapar sangat. Haha. Kenyang. Bersemangat sikit nak study.

Study ke? Dari tadi tak boleh lagi nak lekang dari laptop ni. Eish IEKA! Come on! Lepas post ni, kena study terus! Esok start final exam tahu tak!
Sepatutnya pergi breakfast je tadi dekat bilik Naadiyah dengan Amira. Tapi jadi lama sebab kami main-main. Biasalah. Dah masuk bilik tu, mana boleh kalau nak serius. Main-main tu penting untuk menceriakan hari. Kan? :)

Kami main tangkap gambar guna webcam. Yang bestnye adalah, kami guna banyak gila effect. Best. Tryla. Cari online photobooth yang tak ada autoshare. Banyak gila effect. Serious lawak and sangat best!

Amira save banyak gila gambar kami. Nanti ingat nak pakai tudung and tangkap, then upload. Mesti cantik kan. Ieka tak bolehlah nak upload kat sini sebab tadi kami semua tak pakai tudung. Nanti nampak pulak mahkota kami yang satu tu.
Esok officially start exam course ieka. First paper, Statistic. Ieka tak lah cuak sangat actually, sebab tu boleh relax lagi kan sekarang.

Sebabnya adalah carry mark ieka dah 46.2%. Untuk final, ada 50% je. So untuk dapat full mark memang tak lah kan tapi tuk dapat dalam A or A+, rasanya tak ada masalah. Tapi tak boleh pandang rendah sangat kan.

Lepas ni nak kena study. Macam mak pesan, solat jangan lupa. Jangan risau mak, adik ingat selalu pesan mak. Sayang mak.

3 comments:

pg izif said...

selamat berfinal exam

Anonymous said...

Eh ada nama kita lah ehe

xie_arf said...

@Anonymous : ni naadiyah ka, amira ka, hazirah ?