2 Orang Jiran Sebelah Sibuk

Adventures of Living a Life

Today the talk will be about the Adventures of Living a Life. I wanna talk in general eh. Tiba-tiba rasa macam berfalsafah lak. Bukan nak buat pandai tapi just nak bagi sedikit nasihat. Ieka bukannya banyak sangat pengalaman tapi ieka just nak share sikit berdasarkan pengalaman ieka sendiri and pengalaman kawan-kawan yang pernah bercerita dengan ieka. Hope boleh jadi iktibar.

Semua tahu kan, kita hidup di dunia ni ada tujuan. Macam dalam Islam, manusia hidup untuk mentadbir bumi ini sebab manusia merupakan Khalifah di dunia. itu adalah tujuan asal manusia dijadikan. Dalam untuk menjadi Khalifah, kita di beri pula keinginan untuk menjadi sesuatu yang lain seperti doktor, guru, peniaga etc. Itu dipanggil impian.

Dalam perjalanan untuk merealisasikan impian, kita terpaksa pula memilih beberapa jalan yang serasanya sewaktu kita sedang berhadapan dengannya, kita akan merasa sangat sukar untuk memilih jalan yang benar. Keliru, was-was dan segala perasaan negatif akan bermukim di jiwa. Sewaktu memilih pun, kita sendiri tak tahu bahawa pilihan kita benar atau tidak.

Doa, usaha dan tawakal adalah kunci utama !
Doa - Memohon agar dipermudahkan walaup jalan mana pun yang kita pilih.
Usaha - Usaha untuk mencari jalan yang benar.
Tawakal - Berserah kepada Allah setelah kita berdoa dan berusaha.
Itu baru satu dugaan dalam hidup. Yang kedua, yang lebih parah !
|| Cinta || Love || Ai || Sarang || 

Cinta itu indah, tapi kalau tersilap langkah, cinta jugalah yang akan merosakkan kita. Cinta yang akan memberikan kita semangat untuk memulakan hari esok tapi cinta juga yang akan merebahkan kita sehingga tidak ingin berdepan dengan hari esok. Cinta yang mengajar kita erti kasih tapi cinta juga mengajar kita erti cemburu dan benci.

Susah nak elakkan cinta. Fitrah manusia ingin di sayangi. So, memang susahlah kalau nak ignore je perasaan cinta yang sentiasa wujud untuk mereka yang berlainan jantina.

Jalan yang terbaik, cintalah kepada Allah. Kerana cinta kepada Allah, kita tidak akan kecewa. Berbanding cinta kepada manusia, entah apa yang akan terjadi.
Cinta kepada manusia, entah jalan ke mana dia bawa. Cinta kepada Allah, dijamin syurga buat kita.
Cinta kepada manusia, mungkin mampu membawa kita kepada Allah dan mungkin memesongkan kita. Cinta kepada Allah, insyaAllah, akan datang juga cinta dari manusia dengan sediri.
Jadi, lebih baik cinta kepada Allah dan berserah segalanya kepada Dia. Hal ini kerana, Allah tahu apa yang terbaik buat kita. Jangan sesekali berburuk sangka kepada Allah dan takdir. Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya.

Dan, yang penting sekali :
Jangan lupa senyum !
That's all. See you :)

2 comments:

Nur Atiqah Mohd Zaki said...

perjalanan seorang khalifah banyak cabarannye..
beware!

xie_arf said...

betul. bukan senang kan nk jadi khalifah yg sbenar. :)