3 Orang Jiran Sebelah Sibuk

Projek Multimedia Done - Penat !!

Muka Buat-buat Pasrah

Rajin pula kita awal-awal pagi nak update blog kan. Semalam dah lah tidur lambat. Bangun awal pula kan. Rasa mata macam panda dah ni. Tak pe lah. Panda pun comel kan. Muehehe.

Semalam tidur lambar sebab kena siapkan projek final Multimedia kesayangan aku tu. Projek yang kena buat CD interaktif tu. Penat. Tau kenapa? Sebab ada manusia tu lepas tangan kerja dia yang melambak-lambak tu, sebab nak tidur awal. Ni ceritanya.

Semalam kitorang satu group berkumpullah dekat cafe, kononnya nak siapkan sama-samalah segala yang tak tersiap lagi tu. Ieka dah habis dah kerja, awal lagi cuma takkan nak lepas tangan buat tak kenal je kan.

Ada seorang manusia ni. Kerja dia ialah kerja last sekali, authorization. Bermakna, guna authoring tools, combine segala yang kami semua dah buat untuk dipublishkan. Amira dah combine dah pun awal-awal lagi, kerja dia cuma tinggal buat script dan link ke page-page yang berkenaan. Sikit jer kerjanya. Memanglah susah sebab kena main dengan kod tapi at least, tak lah seteruk Amira yang kena susun storyline and cast or macam aku yang kena paksa buat layout secepat mungkin dengan dia tu.

Tiba-tiba semalam dia buat sibuk, ada perjumpaan lah, esok ada kelaslah. Hello! Aku pun ada kelas jugak! Haha. Tapi ieka tak kata pun. Malas nak gaduh. Amira adalah juga membalas kata dengan dia. Then dia kata, dia kena tidur pukul 12.30.

Cuba lah bayang, kerja dia bertimbun lagi tak siap. And tibe-tibe ada masalah teknikal sikit. Then suka-suka hati je lepas tangan, dengan alasan. "Ooouw, pukul 12.30 dah. Saya kena tidur ni. Saya naik dulu ye." Terus blah.

What The .... !

Memang mencarut banyak-banyaklah kami semalam. Akhirnya, setelah bersusah payah semalam, berjaya juga siap pukul 2.40 pagi. Memang bersyukur sangat-sangat.

Kejap lagi kena present pula. Semoga semua berjalan lancarlah. Insya-Allah. Kalau dia merungut kejap lagi, tahulah nasib dia dengan mulut aku yang lama tak tembak orang ni. Try la kalau berani!

Ini tentang 'dia' pula. Pasal masalah aku dengan dia pula, aku pun tak tahulah. Jenis memaksa macam ni, susah juga. Aku memang cannot go lah. Tapi aku pun tak mahu gaduh lama-lama dengan dia. Tensen.

Tak apa. Lupakan kejap. Ada benda lagi penting nak kena fikir. Kan. :)

3 comments:

pg izif said...

ag tembak ja kat budak tu...cam ag tembak kat kedai...1 g...'dia' tu sapa???

xie_arf said...

aku xpnah tembak org pun.. dia tu adalah dia la...muehehe,,

khaiy said...

takkan tembak kot,, ambik pisau potong 14 la,, wakakka,, JK