2 Orang Jiran Sebelah Sibuk

Movie Week !

Minggu ini merupakan minggu yang paling best sekali sepanjang hidup ieka dekat UTM ni. Tahu kenapa? Sebab minggu ini ialah Movie Week !

Actually, minggu ini study week dekat UTM. Hehe. Next week final. Tapi mood nak study tu tak sampai lagi. Nak buat macam mana kan. Nak paksa diri pun, bila buka buku, kepala otak melayang ke tempat lain. Memang tak boleh nak buat apalah kan.

Macam-macam movie ieka tengok minggu ni. And I didn't even spend a cent for a movie. Semua download. Thanks la kepada manusia-manusia yang rajin nak mampuih upload and share link download kat merata-rata tempat. I appreciate your hard works so much ! *bow*

Antara movie yang ieka tengok minggu ni ialah:

  • Resident Evil
  • Resident Evil 2 - Apocalypse
  • Resident Evil 3 - Extinction
  • Resident Evil 4 - Afterlife
  • Rob B Hood
  • Detective Conan Live Action SP 3
  • Detective Conan Live Action Drama - 13 Ep
Banyak kan? Haha. Sekarang tengah download Resident Evil 5 - Retribution. Gambar memang tak elok lagi sebab baru tayang kat pawagam kan. Tak ada DVDrip lagi. Rakam kat panggung wayang adalah. Okaylah tu sebab dah tak sabar sangat nak tengok and malas gila nak pergi tengok wayang. :)

Bila nak study pun ieka tak tahu. First paper hari Khamis. Lambat lagi eh? Lambat la sangat. Esok lusa tulat tungin je. :p

Angin nak study datang malam-malam je. So, malam ni lah baru study. Tu pun, kalau Resident Evil tak siap download lagi. Kalau dah siap, esoklah baru study. Resident Evil lebih penting. Dah teraddicted ni. Hehe. Nasiblah.

Itu je kot. Chow !