3 Orang Jiran Sebelah Sibuk

Jodoh, Takdir dan Hikmah

Mula-mula sekali, ieka nak tanya satu soalan cepumas. Cepumas kah? Erm, korang percaya 'takdir' dan 'jodoh'? Ada yang percaya, tapi ada yang ragu-ragu, ada juga yang tak percaya langsung. Ada juga yang tahu takdir dan jodoh itu benar, tapi diorang tak mahu nak percaya.

Ieka tak mahu bercakap soal hukum dari pandangan Islam, ieka cuma nak membariskan beberapa fakta mengenai jodoh dan takdir.

Dalam rukun Iman, ada 'Percaya kepada Qada' dan Qadar'. Maknanya, Islam dah mewajibkan umatnya untuk percaya kepada takdir dari awal lagi. Jadi, apakah hukumnya kalau tak percaya? Fikirlah sendiri. Kadang-kadang, ada yang percaya, tapi tak yakin. Jadi, nasihat ieka cuma satu je, percayalah bahawa:
Setiap yang terjadi ada hikmahnya. Hanya bezanya, lambat atau cepat kita mendapat tahu tentang hikmah tersebut. Tugas manusia mencari apakah hikmahnya.
Jodoh pula memang sudah ditentukan sewaktu perjanjian roh kita sejak di alam roh lagi. Semuanya sudah tercatat di Luh Mahfuz. Jadi tak perlulah risau tentang jodoh anda. Sampai masa, dia sendiri akan datang kepada anda.
Dalam tempoh masa itu, kita akan bertemu dengan ramai orang. Fitrah manusia sentiasa inginkan kasih sayang dan perhatian dari hamba berlainan jantina. Jadi, pasti akan terbabas juga dalam mencari jodoh yang sudah tertulis. Mungkin hati kita akan berkecai sekali atau dua, atau lebih dari itu.

Fitrah manusia juga, kita akan mencuba untuk ubati hati kita. Mungkin akan hadir trauma dalam bercinta, atau juga hadir dendam kepada kaum berlainan jantina itu. Tapi ingatlah, jangan serik untuk bercinta lagi. Dan jangan takut untuk melepaskan dia yang memang bukan tertulis untuk anda.

Andai perpisah terjadi dalam perhubungan, ingatlah, cinta sebelum perkahwinan itu hanya cinta nafsu. Yakni, cinta yang hadir atas rasa di hati, dan bisikan dari syaitan. Cinta kerana Allah, yakni cinta kepada yang halal, itulah yang akan membawa ke Jannah. Cinta yang diiringi dengan akad.

Jika anda pasti dengan perasaan dan cinta anda itu, halalkanlah hubungan itu. Ikatlah dengan akad. InsyaAllah, segala yang halal itu direstui Allah.
Manusia berubah. Itulah fitrah. Kerana kita sendiri tidak tahu apakah yang telah tertulis untuk kita. Masa depan adalah perkara ghaib. Manusia berubah adalah perkara biasa. Betul?

Janganlah persoalkan kenapa seseorang tiba-tiba berubah. Kerana dia sendiri pun tidak sedar bahawa dia berubah. Terimalah kenyataannya. InsyaAllah, ada hikmahnya.

Percayalah, hidup akan lebih indah jika kita sentiasa percaya kepada 'jodoh', 'takdir' dan 'hikmah'. Dan berpegang kepada janji Allah merupakan cara yang terbaik untuk terus tabah. InsyaAllah.