0 Orang Jiran Sebelah Sibuk

Cinta Yang Diredhai Allah


Assalamualaikum semua. First of all, gambar atas ni dicuri dari En Google. Takde watermark so tak tahu nak credit kat siapa. But for sure, no credit on me for this picture.

Cerita ieka untuk post kali ini ialah tentang impian ieka dari kecil lagi. Sejak ieka tahu apa itu 'suami', 'isteri', 'keluarga', 'dosa' dan 'pahala', impian ieka cuma satu. Cinta yang diredhai Allah. Kali ini, ieka nak cakap dalam general tapi berdasarkan pandangan ieka. Kalau ada peselisihan pendapat, silalah kongsi ye.

Dalam perjalanan mencari cinta itu, banyak kali juga terbabas. Dalam perjalanan ini juga, banyak juga hati yang terluka. Tak lupa juga hati sendiri yang tercalar. Fitrah manusia ingin disayangi, sebab itu hati tak pernah serik walaupun banyak kali terluka.

Cinta yang hadir dalam hati, mesti diiringi dengan cara yang betul. Termasuklah doa, tawakal dan usaha untuk menjauhi zina. Tak lupa juga, hati yang tabah untuk melawan nafsu dan godaan syaitan laknatullah.
“Dan janganlah kamu menghampiri ZINA, Sesungguhnya ZINA itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (membawa kerosakan)” [al-Israa' 17: 32]
Janganlah buat lupa atau ambil mudah tentang janji Allah di dalam al-Quran. Lupakah kita pada azab yang telah Allah turunkan kepada umat sebelum kita? Tidak gentarkah jika kita pula yang diturunkan azab begitu?

Jadi, di sini ieka gariskan beberapa cara jika anda betul sayang kepada seseorang itu. Dan anda juga yakin dialah yang telah tertulis buat anda sejak di alam roh lagi. Ini semua hasil bacaan ieka dari beberapa buah buku yang membincangkan topik ini.

  1. Jangan lafazkan. Andai anda menyayangi yang tidak halal, dan tidak meluahkannya, sebenarnya anda sedang berjihad.
  2. Berusaha untuk menjadi orang yang lebih baik buatnya.
  3. Kumpul duit buat lelaki. Pinangan dan mas kahwin perlukan duit. Kerjaya juga harus terjamin, kalau tidak, macam mana nak bela anak dara orang. Mahukah anda melihat gadis kesayangan anda kbulur suatu hari nanti disebabkan anda?
  4. Berjumpa ibu bapanya gadis. Minta izin untuk menghantar rombongan merisik, meminang.
  5. Minta bantuan ibu bapa untuk merisik dan meminang.
  6. Buat gadis, tolaklah dengan lembut jika dia ingin mengajak anda keluar. Keluar berdua-duaan tiada faedah selain daripada menghabiskan wang, membazir masa, menyebarkan fitnah, menaikkan nafsu dan menambahkan dosa.
  7. Cari restu ibu dan bapa. Tidak berkat hubungan atau perkahwinan tanpa restu ibu bapa.
Setakat ini sahaja ieka mampu gariskan. Ieka juga gadis biasa yang dihadirkan 9 nafsu namun ieka tetap cuba untuk mengawalnya. Sukar ieka akui dan sering kali ieka terbabas. Tapi ieka tetap cuba yang terbaik.

Para gadis di luar, marilah kita sama-sama berusaha untuk menjaga diri kita. Sayangilah bakal suami anda walaupun anda tidak tahu siapakah dia. Jagalah kehormatan. Jangan benarkan lelaki menyentuh anda. Couple bukan tiket untuk menghalalkan yang haram.

Renung-renungkan. ^^

No comments: