0 Orang Jiran Sebelah Sibuk

Brain Science

Korang semua pernah dengar pasal Brain Science? Maybe pernah. Tapi korang tahu tak apa itu Brain Science? Apa bezanya dengan Science biasa? Meh nak cerita!

Brain Science merupakan cabang baru dalam dunia pengkajian sains. Baru tu taklah baru sangat tapi kalau nak dibandingkan dengan cabang sains lain, bolehlah dikira baru. Cabang ini menjadi popular dan diberi lebih perhatian pada tahun 2007 dan 2008.

Menikut kajian, sehingga tahun 2008, segala pencapaian dalam cabang ini hanya 5% daripada segala rahsia yang tersingkap dalam otak kita.

Otak merupakan control center badan manusia. Segala tindakan manusia dikawal oleh otak. Setiap bahagian atau organ di dalam otak mempunya fungsi mereka sendiri.

Itulah Brain Science sebenarnya. Brain Science adalah untuk menyingkap semua rahsia dan fungsi setiap bahagian di dalam otak dan mencari kepentingannya dalam kehidupan manusia.

Brain Science sangatlah menarik untuk diterokai. Kita dapat mengetahui atau meramal apakah tindakan manusia seterusnya berdasarkan reaksi otak ataupun tindak balas spontan oleh tubuh badan.

Sebagai contoh:
Mata manusia akan automatik melihat ke bahagian atas kanan apabila sedang menipu. Hal ini kerana ketika menipu, otak akan cuba untuk mencari alasan yang logik dan berpadanan dengan memori. Tugas ini dijalankan oleh otak bahagian kiri. Otak kiri pula yang menjana pandangan sebelah kanan. Sebab itulah manusia akan melihat sebelah kanan ketika menipu tanpa mereka sedar.
Tak percaya? Buatlah beberapa kajian. Ingat, menipu secara spontan. Bukan buat-buat menipu atau mempunyai masa yang lama untuk berfikir alasan.

Menarik tak? Itu baru satu daripada berpuluh-puluh, atau mungkin beratus-ratus hasil kajian dalam Brain Science. Bolehlah kalau nak kata Brain Science ni lebih kurang sama dengan kajian Psikologi tapi Brain Science ni lebih menarik.

Nanti kalau ada masa, ieka post lagi pasal teori-teori Brain Science eh. And kalau nak belajar Brain Science dengan cara yang lebih menarik, boleh tonton drama Mr Brain lakonan Takuya Kimura. Best !

No comments: