0 Orang Jiran Sebelah Sibuk

Troublesome Troubling Me

assalamualaikum semua
tak jawab berdosa, kalau jawab sayang
Minggu yang sangat bermasalah. Pening kepala ieka dengan segala benda kat kepala otak ni. Rasa macam nak hempuk je kepala dekat dinding. Geram rasanya bila diri sendiri pun tak tahu apa yang tak kena dengan diri ieka.

Apa yang ieka tahu, ada something yang tengah mengacau kepala otak serta ketenteraman jiwa raga ieka ni. Tapi ieka pun tak tahu apa benda tu. For sure, I've been dragging it everywhere with me.

Dalam senyum ada kelat, dalam tawa ada tawar. Entah apalah masalah ieka ni. Apa ieka buat semua macam tak betul. Agak-agak la bila tengok cerita lawak pun rasa tak mampu nak gelak. Itu memang sangat masalah la kan.

Tak tahu bila nak setel segala benda ni. Ieka pun tak ada idea macam mana nak betulkan semua ni sebab ieka pun tak tahu apa yang patut ieka betulkan. Susah-susah!

Apa boleh buat. Sabar sajalah kan. Ieka try nak gelak sebanyak mungkin sebab ieka tak mahu fikir benda tak best. Masalahnya, penat oo buat-buat gelak, buat-buat senyum depan orang. Sakit otot muka ieka.

Tak apalah. Serah saja semua kat takdir. Maybe in few days more, okey balik lah kot kan. Harap-harap lah.  ^^

No comments: