0 Orang Jiran Sebelah Sibuk

Perubahan Pada Yang Baru

Waa.. Lama Teruk kan ieka tak update blog ni. Bukan tak ada masa. Banyak je masa lapang ieka. Biasa lah budak diploma. Rilek je. Ieka tak update sebab malas. Hehe.

So, dalam masa ieka tak update ni, mesti banyak cerita kan. Ni yang nak bercerita ni. Excited la pulak. Ieka nak cerita sikit je. Mana boleh banyak-banyak sangat. Kalau panjang, orang malas lak nak membaca. Kan?

1. FaceBook -> Twitter
Kepada peminat setia ieka, ewaaahhh, mesti dalam ramai-ramai tu ada gak kan yang perasan ieka dah lama tak update status FB. Kenapa? Suka hatilah. Haha. Main-main je. Ieka dah berhijrah ke Twitter. Adalah beberapa sebab yang membuatkan ieka berhijrah tapi yang utamanya adalah Twitter is OHSEEMM!!

2. Kpop -> Jpop
Ini yang paling tak boleh blah! Mesti tak ramai sangat kan fangirl yang boleh tinggal Kpop sebab nak ke Jpop. Ieka antara manusia yang jarang-jarang ada tuh. Honestly kan, movie and drama Jepun berkali ganda lagi best daripada Korea. Cuma pelakonnnya kurang hensem tapi mereka sangatlah cute!

3. Sinar -> Era
Ieka semakin muda. Hahaha. Dulu layan Sinar.fm. Sejak dah masuk UTM ni, dah menjadi muda balik. Layan Era.fm lak. Kenapa? Entah. Maybe sebab lagu sekarang banyak yang agak best.

4. One Direction
I slightly falling in love with them. Lagu mereka sangat best! Suara sedap. Muka pun cute. Macam complete package lah. Excited lak!

Ieka rasa nak kongsi yang tu je kot. Jadilah sikit-sikit kan. Nanti tak tahu nak cerita apa lak.

p/s- ieka salam usaha menyiapkan blog untuk publish design ieka yang beribu riban tuh. please anticipate eh.

No comments: