2 Orang Jiran Sebelah Sibuk

Officially a New Student


assalamualaikum semua
tak jawab berdosa, kalau jawab sayang

hari ini merupakan hari pertama ieka akan masuk kelas untuk belajar. so, today i am officially become the student of UTM! hoooray!

memang mimpi ieka nak masuk UTM. tak sangka jadi kenyataan. kadang-kadang kalau duduk termenung dulu, ada juga cubit-cubit pipi ieka, macam tak percaya ieka sekarang tengah ada dalam kampus UTM. bajet kan. 

tak kisahlah. hari ini ieka akan hadirkan diri ke kelas pertama ieka di UTM. kelas multimedia siap. Introduction to Multimedia. excited sangat. tidur semalam pun termimpi-mimpi. harap-harap best lah.

maybe ieka akan mula sibuk dengan assignment. tak apa. ieka akan cuba buat sebaik mungkin. ieka yang pilih jalan ini kan. ieka kena buktikan yang ieka mampu. Malaysia Boleh!

kelas pukul 11 pagi.kawan-kawan ajak pergi awal sikit. nak pergi kedai cenderahati katanya. okay saja. duduk lama-lama dalam bilik pun macam bosan saja. nak makan pun macam malas. tak apalah. tapau sekali dengan lunch la. 

itu saja kot ieka nak berceloteh pagi ini. nak berehat sikit lagi and then nak bangun bersiap. tunggu encik doktor reply mesej pun, macam menunggu kucing bertanduk je. tak apalah. janji dia mesej juga semalam. sampai tertidur berapa kali ieka. punya bersemangat sampai sanggup bangun setiap kali vibrate. kehkeh.

dah la. mengarut aje ni. log out dulu ek. jumpa lagi petang ini. ieka update petang ini tentang hari first. ^^ wait ek...