0 Orang Jiran Sebelah Sibuk

Bab 5 - Dia Yang Ada Seperti Tiada



assalamualaikum semua
tak jawab berdosa, kalau jawab sayang


Saiful Edris tersandar lesu di kerusi malasnya. Dirinya bagaikan terkena renjatan elektrik yang kuat apabila Zaidi menjelaskan keadaan Balkis. Tidak sangka gadis seperti Balkis akan mengalami perkara seteruk ini.
            “Luka di kepala bukanlah sebab utama Balkis hilang ingatannya. Sebab utamanya ialah dirinya sendiri. Masa silam Balkis terlalu menyeksakan jiwanya sampaikan dia sendiri tidak mahu mengingatinya. Aku tak pasti apakah masa silam dia tapi aku pasti masa silamnya memang teruk. Sangat teruk sehingga tiada secebis pun keinginan dia untuk mengingati kenangan itu dalam kotak memorinya.”
            Saiful Edris masih mengingati setiap patah kata Zaidi sebentar tadi. Bagai telah dirakam dengan perakam suara dan ditransfer ke kepalanya. Dia pula langsung tiada keinginan untuk membuang atau melupakan kata-kata Zaidi tadi. Terngiang sentiasa di telinga seperti ada orang yang sedia membisikkan ke telinganya.
            “Aku rasa, the best thing that you can do now is jaga dia elok-elok. Kau bantulah dia sikit-sikit untuk ingat balik. Cuba jangan memaksa sebab emosinya belum stabil. Aku takut dia akan buat benda bukan-bukan."
            Tika itu, Saiful Edris meraup wajahnya kasar. Dia sedar sebentar tadi dia terlalu memaksa Balkis dengan bertanya soalan bertubi-tubi. Kasihan gadis itu.
            "Dan aku harap sangat-sangat kau boleh elakkan daripada menyimpan sebarang perasaan terhadap dia kerana peratus untuk dia lupakan kau bila ingatannya pulih kembali ialah tinggi. Kes macam ini memang banyak, jadi aku tak mahu kau ambil risiko.”
            Saiful Edris menghamburkan ketawa. Dia menepuk-nepuk bahu Zaidi. Geli hati mendengar andaian Zaidi yang terakhir itu. Semudah itu sahabatnya berandaian begitu.
            "Aku ada buat lawak ke Epul? Kenapa kau gelak. Tak nampak ke muka aku tengah serius ni? Ke kau dah gila?" Dahi Zaidi mula dipenuhi seribu kerutan. Pelik dengan perangai Saiful Edris hari ini. Kena sampuk ke mamat ini. "Nak kena ubat bius ke?"
            Hek eleh. Kerek betul mamat ni. Sejak jadi doktor pakar ni, tak habis-habis. Sikit-sikit nak bius orang. Aku suruh Manisah bius kau petang nanti baru kau tahu!
            "Di, kau jangan risaulah. Aku takkan jatuh cinta dengan perempuan ini. lagipun, aku tak kenal lagi dia siapa. Dengan Mia Elina yang aku kenal dari kecil itu pun aku tak tersangkut, inikan pula perempuan yang aku baru saja jumpa semalam. Come on, man!"
            "Epul, kau tak payahlah nak berlagak sangat. Hati dan perasaan kita sukar dijangka. Lagipun, jodoh di tangan Tuhan. Kalau Dia kata jadi, maka jadilah ia. Kau takkan mampu nak lawan ketentuan-Nya. Entah-entah dah tertulis jodoh kau dengan dia."
            Saiful Edris mencebik. Ewah-ewah mamat ni. Sejak bila pandai nak bermadah pujangga ni. Siap boleh keluarkan firman pula ni.
            Dalam diam ada juga getar yang hadir di dadanya. Sungguh dia tidak dapat menolak getar yang hadir di dadanya tiap kali menatap wajah itu.
            Saiful Edris menelan liur. Takut juga dia andai apa yang dikatakan Zaidi menjadi kenyataan. Mampukah dia andai Balkis melupakannya apabila hatinya sudah mula mencintai?

Sorry ek sayang-sayang ieka semua. Ieka asyik terlupa nak post cerita ni. Sorry taw. Wait for next episode ek. Jangan lupa komen and like taw. Kalau tak, tak mahu kawan! ^^

No comments: