2 Orang Jiran Sebelah Sibuk

Bab 4 - Dia Yang Ada Seperti Tiada

assalamualaikum semua
tak jawab berdosa, kalau jawab sayang


SEJAM kemudia, Zaidi tiba di hadapan rumah Saiful Edris. Zaidi memakir keretanya di belakang Nissan Fairlady 350Z berwarna hitam milik Saiful Edris. Sempat lagi dia melirik kereta mewah milik rakan baiknya itu. Berjaya juga akhirnya sahabat aku menunaikan impiannya memiliki kereta ini. Sungguh dia bangga dengan sahabatnya itu.
            Selang beberapa saat, salamnya bersahut dan pintu rumah dibuka. Saiful Edris tersenyum manis melihat Zaidi. Dijemputnya Zaidi terus ke ruang tamu. Ketika itu, Balkis sedang nyenyak tidur. Terkejutnya Zaidi ketika itu bukan kepalang. Ikutkan hati, mahunya dia terjerit terlolong melihat gadis di dalam rumah Saiful Edris ini.
            “Kau biar benar Epul! Kalau kena gosip macam mana? Kalau kena tangkap basah, tak ke niaya kau! Tak puas lagi ke kau jadi muka depan hari ini? Gila glamer betul kau sekarang ni ye. Apa nak jadi kau ni Epul? Aku tak sangka kau macam ini sekarang. Kawan aku terlalu berubah. Ya Allah!” bebel Zaidi. Mulutnya memang macam itu. Mengalahkan nenek kebayan. Kalau dah mula membebel, tunggulah dua jam lagi baru tahu nak berhenti.
            “Kau jangan nak membebel. Kerja kau sekarang, tengok kenapa dengan perempuan ni. One more thing, perkara ni kita berdua sahaja yang tahu. Jadi, tolong tutup mulut. Kalau aku dapat tahu yang ada manusia lain atas muka bumi ini yang tahu pasal hal ini, kau doalah yang kau takkan jumpa aku lagi.” Pantas kata sahabat karibnya dicantas. Masalah punya lelaki!
            “Amboi. Ugut nampak! Tahulah. Kau ingat aku ni stesen TV ke? Ingat aku pembaca berita? Aku simpan ketat-ketat dalam hati. Jangan risau. Takkan kau tak kenal aku.”
            “Kenal. Mamat paling hampeh di universiti dan manusia paling menyampah yang pernah wujud dalam hidup aku. Lagi mahu tanya. Kau ni, aku ingatkan saja. Sentap lebih pula,” Saiful Edris tersenyum kecil apabila terlihat wajah Zaidi yang sudah cemberut. “Dah. Jangan nak buang masa. Cuba kau periksa dia. Aku dah risau sampai ke tahap gaban ni. Tak nampak ke kerut berjuta di dahi aku ni. Risau sangat-sangat dah ni. Cepatlah. Lembap betullah kau ini. Macam mana kau buat kerja ni. Kau ni kan,....”
            “Encik Saiful Edris bin Dato’ Khairul Nizam, sabar boleh tak? Tak nampak ke aku tengah mengeluarkan perkakas berharga aku ni. Kau duduk dulu ye. Bila dah siap, aku bagi tahu.” Zaidi memotong laju bebelan Saiful Edris. Saiful Edris yang pendiam suatu ketika dahulu kini menjadi semakin aktif bertutur akibat bersahabat dengannya yang sememangnya Datuk Kebayan. Itulah akibatnya terlalu rapat, kan dah berjangkit. Padan muka kau, padan muka aku!
            “Baiklah, Tengku Zaidi Ashraf bin Tengku Malik! Aku duduk diam-diam kat sini, tunggu kau periksa dia. Aku sedia menanti kau di sini,” balas Saiful Edris seraya menarik sebuah kerusi lalu melabuhkan punggungnya di situ.
            “Kau faham rupanya Bahasa Melayu. Ingatkan tak. Tunggu sekejap. Kejap saja,” Zaidi menghadiahkan Saiful Edris sebuah senyuman sinis sebelum dia memulakan kerjanya.
Sekali kerling, Saiful Edris sudah melelapkan matanya. ‘Hampeh punya kawan. Setia menunggu konon. Baling dengan pasu bunga ini baru tahu.’

Ieka nak minta maaf sangat-sangat sebab ieka maybe terpaksa skip beberapa hari dalam post novel ini. Sebabnya, ieka tak berapa sihat and agak kekurangan idea. Sorry taw.

Macam biasa, suka= like, tak suka=ctrl+w, excited=comment,

2 comments:

aishah said...

aku tggu ang post..x sbar nk tau..smga cpat pulih..aminn..

xie_arf said...

mekasih. ak post klu aku da ok.