2 Orang Jiran Sebelah Sibuk

UTM Here I Come!



assalamualaikum semua
tak jawab berdosa, kalau jawab sayang

nampak tak logo kat atas tu? hehe. excited sangat ni. asa dah tak boleh nak nafas dah, sangat happy.

NAMA : SITI ZULAIKHA BINTI MOHD ZUKI
TAHNIAH! Anda telah berjaya ditawarkan program pengajian seperti berikut:
KOD PROGRAM : T2812
NAMA PROGRAM PENGAJIAN : DIPLOMA SAINS KOMPUTER (MULTIMEDIA)
                                                           : UTM - UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)

inilah result untuk permohonan kemasukan ke IPTA sesi 2012/13. bangga tak terkira bila dapat tahu ieka dapat juga tempat di universiti idaman kalbu ieka. memang ieka idamkan sangat nak pergi UTM dari dulu. alhamdulillah. doa ieka termakbul.

ieka janji yang ieka akan belajar sungguh-sungguh. ramai orang kata kos yang ieka ambil ini tak di pandang tinggi. ada aku kisah! ieka minat benda ni, so, ieka akan carru on. tak guna ambil kos yang hebat, kalau hati tak minat. ieka boleh nak sambung ambil sains, tapi ieka tak minat. nak paksa diri belajar, okay aje. tapi ieka tak rasa ieka mampu nak kerja dengan benda yang ieka tak minat.

daftar, 27 Mei 2012. cuak! banyak lagi benda tak prepare. paling penting, kena prepare mental. dan ieka rasa sedih sangat nak kena tinggalkan rutin harian ieka sekarang. kalau ieka masuk UTM, ieka dah tak boleh pergi kerja dengan abang. walaupun suasana kat tempat kerja sangat menjengkelkan dengan kerenah pelanggan and masalah tension yang sanggat tinggi, tapi ieka selesa berada di situ. i'm going to miss every moments of it.

tak apalah. anyway, doakan kejayaan ieka.