0 Orang Jiran Sebelah Sibuk

The School Band, Miss Them!



assalamualaikum semua
tak jawab berdosa, kalau jawab sayang

inilah poster yang ieka wat dua tahun lalu untuk band okestra sekolah ieka, Sytra's Ochestra Team. i was part of it before. ir was the best thing in my life. korang tahu, impian ieka sebelum masuk sekolah itu lagi ialah nak sertai team band sebab ieka suka sangat dengan muzik.

waktu Form 1, hari pendaftaran untuk kokurikulum ieka langsung terlupa dengan impian ieka. ieka cuma teringat nak join Puteri Islam. nasib baik dah full, bila ieka toleh belakang ieka nampak Cikgu Zul tengah senyum-senyum kat ieka. so, tanpa berlengah, ieka terus sign up untuk masuk Team Band. waktu itu, baru ieka teringat impian ieka dulu. berjaya jadi kenyataan akhirnya.

masalahnya, team sekolah itu tak sama dengan team lain. sangat mundur! Cikgu Zul kerja keras sampai akhirnya dia sanggup ambil risiko untuk hantar kami masuk pertandingan Wind Okestra tahun 2008, waktu ieka Form 2. then, Cikgu Zul pindah.

kami pula dapat Cikgu Mior sebagai ganti. Cikgu Mior memang sempoi, biasalah. orang muda katakan. dia yang menyambung harapan Cikgu Zul. kami dididik sebaik mungkin dan dibimbing dengan sabar. honestly, bila ieka belajar dengan dia, memang ieka improve banyak. tapi taklah samapi tahap hebat sebab tak sampai dua tahun pun belajar dengan dia.

tahun ini, ieka dah tinggalkan band and sekolah. memang banyak improve diorang tahun ini dan ieka rasa bangga sangat. dan terselit juga rasa cemburu, sedih dan kecewa. cemburu sebab ieka tak ada bersama team itu tahun ini. sedih sebab rindu dengan kerenah budak-budak band yang macam-macam dan rindu nak pegang clarinett ieka. kecewa pula sebab bukan ieka yang tolong diorang jadi macam sekarang ini.

andai dapat ieka undurkan masa, ieka nak sangat spend all my time with them, again. best sangat waktu dulu. memori ieka dengan band memang banyak. di situlah ieka dapat ketenangan, dapat kawan baru, kenal dengan orang yang ajar ieka apa itu cinta dan kasih, serta di situlah ieka belajar nak hargai ilmu selain disiplinkan diri.

sungguh ieka RINDU! so, as the last gift, enjoy persembahan diorang untuk Festival Wind Okestra 2012.

No comments: