0 Orang Jiran Sebelah Sibuk

Haruslah Tabah Wahai Manusia


assalamualaikum semua
tak jawab berdosa, kalau jawab sayang
duani penuh cabaran dan dugaan. inilah realiti kehidupan. semua manusia perlu terima hakikat bahawa hidup bukanlah seindah novel mahupun drama di televisyen. ada sahaja pancaroba dan halangan yang perlu kita tempuhi.

percayalah manusia, Allah SWT sebenarnya menganugerahkan dugaan kepada kita, bukannya mengenakan denda dugaan kepada kita. dengan adanya dugaan dan cabaran dalam hidup, manusia akan belajar untuk lebih tabah, kuat, dan sabar. semua ganjarannya ialah sikap mahmudah yang harus ada pada setiap umat islam di muka bumi.

tetapi, segalanya tidaklah semudah yang disangka. hal ini kerana hati manusia fitrahnya lembut dan suci. hati kecil manusia itu mudah tersentuh dan menangis. kerana itulah doa itu penting. ieka sendiri pernah lalui dugaan yang bagi ieka sangat berat. ieka ada amalkan dan percaya beberapa benda.
doa membantu ku berdiri
selawat penenang hatiku
istighfar pemadam gelisahku
Quran menemani sepiku
Allah membuka sinar baru
percayalah yang Allah SWT sentiasa ada dengan kita. dia maha pengasih. mintalah padanya agar dikurniakan ketabahan. insyaAllah, pasti akan ada hikmah disebalik dugaannya.

lepas ambil result, ieka ingatkan segalanya akan menjadi lebih baik. nampaknya tidak. tak semua yang ieka suka, orang lain akan suka. salahkah ieka nak capai cita-cita ieka mengikut minat? ieka cuma minta restu. ieka perlu sokongan mereka. tanpa mereka, tiada siapa dah yang mampu nak sokong ieka. dia yang dahulunya penyokong kuat ieka, dah tak ada. jadi, ieka cuma ada family ieka.susah sangatkah nak sokong ieka.

ieka dah kembali kepada ieka yang lama. ieka yang senyap, ieka yang malas nak cakap banyak, malas nak fikir banyak. inilah diri ieka yang sangat ieka benci. 

i'm trying to be stronger. ieka akan cuba sabar selagi termampu. ieka kuat, kan?

No comments: