2 Orang Jiran Sebelah Sibuk

Pengorbanan Mak dan Abah


assalamualaikum semua^^

akhirnya, jumpa juga gambar mak dan abah kat dalam photo album cik Sharifah Salwa (angah).

korang perasan tak yang semakin lama, remaja semakin jauh serta lupa akn kedua ibu bapa mereka. baru ieka perasan tadi, ieka selongkar album facebook along, angah dan abang sebab nak cari gambar mak dan abah berdua macam kat atas ni. dalam album angah yang boleh jumpa pun ada satu saja. ieka ada gambar mak dengan abah tapi tak ada yang sekali macam ni. ada dalam kamera tapi malas sangat nak pergi cari kabel kamera.

ieka nak mengimbas balik perkara dulu-dulu. saja nak jiwang sikit malam-malam macam ni. mak and abah pun tak sampai rumah lagi.

ieka dah banyak lupa pasal cerita dulu kala ni tapi bila mak ungkit beberapa hari lalu, rasa macam semua kenangan tu menerpa balik ke kepala ni.

ieka ingat lagi, dulu waktu ieka kecik-kecik, ieka suka sangat ikut mak pergi hantar barang. waktu tu mak kuat lagi jadi mak boleh pergi hantar barang lagi. ieka ada tolong sikit-sikit tapi tak boleh lah banyak sangat sebab ieka mana kuat lagi. baru sekolah rendah. paling berat pun, jambu 10 kg. mak angkat macam-macam. sebab itulah mak dah tak larat dah sekarang. nak tunduk pun susah. mak pernah kata"dulu mak sanggup kerja kuat sebab nak bela hampa" mak sanggup buat macam itu walaupun dia tahu akibatnya sekarang. 

sebab itulah mak dengan abah tak bagi ieka angkat barang berat. tapi ieka bantah sebab ieka nak tolong mak, abah, abang, along dengan abang long. kalau ieka nampak abah atau mak nak angkat barang berat sikit, walau tak sampai sepuluh kg, ieka akan pergi tolong.

waktu ieka di menengah atas, ieka selalu ikut abah pergi bukit mertajam sebab nak ambil bawang besar, ubi etc. kami pergi berdua naik lori. best sangat. sekarang ieka dah tak boleh ikut sebab nak bagi mak yang pergi. alasannya, mak kalau pergi sana, dia boleh rilek tapi kesian kat abah sebab kena angkat barang seorang diri. ieka memang dah tak ada choice lagi dah. bila pergi sana, abah akan suruh ieka pakai sarung tangan kalau nak angkat barang-barang yang ada dalam guni. sebabnya, dia tak mahu tangan ieka jadi keras. dia sanggup tak pakai sarung tangan tu sebab nak bagi ieka pakai.

tapi sekarang memang tangan ieka dah kasar. ieka tak kisah. janji ieka boleh tolong mak dengan abah. dulu memang ieka malas nak pergi tolong abah sebab ieka teringin nak berehat bila dah dapat cuti sekolah. tapi sekarang, ieka rasa kalau dapat rehat 2 minggu sekali pun cukuplah.

mak dengan abah dah tak macam dulu. diorang selalu marah-marah. ieka memang kadang-kadang terasa hati tapi ieka cuba untuk faham diorang sebab ieka tahu, diorang penat. sebab itu kalau silap sikit pun kena marah. jadi ieka pun try untuk tidak buat silap. tapi apa boleh buat, ieka cuma insan biasa. diorang dah tak kuat macam dulu. ieka kesian sangat. kalau boleh tukarkan kudrat ieka dengan diorang, ieka sanggup!

ieka harap sangat ieka boleh tolong mak dengan abah. bila dah start masuk universiti, memang ieka tak mampu nak tolong dah. ieka harap Allah akan kurniakan kesihatan berpanjangan kepada mak dengan abah. semoga apa yang mereka usahakan dari dulu sehingga sekarang tidak akan sia-sia. -amin-