0 Orang Jiran Sebelah Sibuk

Kisah Seekor Epal

Sebelum korang kata ieka tak pandai penjodoh bilangan, baik ieka jelaskan dulu semuanya. Ieka bukannya pandai sangat bahasa melayu ni, tapi ieka still tahu la penjodoh bilangan yang mudah.

Habis tu,kenapa seekor epal?

Izinkan saya terangkan.

Epal sebenarnya merupakan nama kucing peliharaan kami. Abang ieka merukan pemelihara epal yang hakiki, ieka pula hanya pembantu. Epal ialah si ibu yang sedang menyusu tu. Epal tak comel sangat macam kucing orang lain, tapi ieka sayang dia sangat-sangat.

Istimewanya Epal,dia tidak pernah cakar mahupun marah sesiapa pun. Seingat ieka, Epal tak pernah cakar manusia sepanjang hidupnya. Bila waktu petang, ieka akan ke kedai berdekatan dengan kedai abah untuk beli ayam goreng untuk Epal. Dia akan ikut ieka pergi beli dan balik sama-sama ke kedai abah ieka balik.

Sekarang, Epal makin cepat lapar sebab dia ada ramai anak, 5 ekor. Lagipun, dia dah semakin tua. Kesian Epal.

Ieka tahu Epal akan tinggal ieka juga suatu hari nanti. Memang ieka tak boleh nak buat apa untuk halang kepastian ini. Cuma ieka harap pemergian Epal tidak tragis. InsyaAllah ∩__∩


Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments: