0 Orang Jiran Sebelah Sibuk

Hukum Merokok Dalam Islam dan Penjelasan Secara Rasional


assalamualaikum semua^^

setelah semalaman tak berceloteh menulis di dalam blog ieka yang agak cantik ni, ieka pun terasalah rindu. tapi, idea tak ada. jadi, fikir punya fikir, akhirnya dapat juga idea!

Hukum Merokok Dalam Islam

semua orang mesti pernah dengar perbalahan tentang fatwa serta hukum tentang merokok. ramai yang masih kurang jelas. jadi, ieka sebagai antara umat yang prihatin ingin berkongsi kebenarannya. kepada korang yang membaca, ieka mohon agar korang sebarkan kepada rakan-rakan yang lain. demi kesejahteraan agama Islam.

ieka tak nak guna aspek kesihatan sebab ramai orang tak kisah sangat. kata diorang, hospital banyak meh! yelah tu. so, ieka nak guna pendekatan agama. ^^

Berikut akan kami kemukakan beberapa fatwa dari para ulama terkemuka tentang hukum rokok : “Merokok hukumnya haram, begitu juga memperdagangkannya. Karena didalamnya terdapat sesuatu yang membahayakan, telah diriwayatkan dalam sebuah hadits :
لاَ ضَرَرَ وَلاَ ضِرَارَ أخرجه الإمام أحمد في المسند ومالك في الموطأ وابن ماجة
“ Tidak (boleh melakukan/menggunakan sesuatu yang) berbahaya atau membahayakan” (Riwayat Ahmad dalam Musnadnya, Malik dan Atturmuzi)
Demikian juga (rokok diharamkan) karena termasuk sesuatu yang buruk (khabaits), sedangkan Allah ta’ala (ketika menerangkan sifat nabi-Nya Shalallahu 'alaihi wassalam) berfirman: “...dia menghalalkan bagi mereka yang baik dan mengharamkan yang buruk“ (Al A’raf : 157)
sumber: > sini

boleh faham? belum?

Di Malaysia, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia yang Ke- 37 yang berlangsung pada 23 Mac 1995 telah memutuskan bahawa amalan merokok itu hukumnya adalah haram menurut pandangan Islam. sumber

tak percaya lagi?

Al Imam Abdul Halim Mahmud dalam kitabnya telah memberi fatwa merokok hukumnya makruh jika ia tidak mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan. Sebaliknya adalah haram jika ia mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan. sumber dah sah kan yang merokok itu membahayakan kesihatan..
korang masih ragu-ragu? kalau macam itu, better korang berhenti. sebabnya, ragu-ragu/syubhah akan membawa kepada haram. jadi, hukumnya tetap akan jadi haram. haram bermakna berdosa. korang mahu ke badan korang dibanjiri dengan benda haram? nak ke?


ieka memang tabiklah lelaki itu yang sanggup pergi beli nicotine sebab nak berhentikan ketagihan rokok dia itu. walaupun waktu itu dia masih muda, tapi dia boleh berfikir dengan sangat rasional. congrats and i want you to know that i really proud of you. p/s: thank you.

kepada rakan-rakan semua, ieka rayu supaya tinggalkan rokok. tak ada untung pun. membazir duit lagi ada. cukuplah menambah dosa kepada diri dan orang lain yang ada kat sekeliling kita waktu dok hisap rokok tu. jangan gelapkan masa depan. semoga kembali ke jalan yang benar. -amin-
 

No comments: