0 Orang Jiran Sebelah Sibuk

Review Novel: 7 Hari Mencintaiku


assalamualaikum semua^^
the next novel review,

7 Hari Mencintaiku
by: Siti Rosmizah

Hero: Khuzairi
Heroin: Mia Adriana

Jalan Cerita
novel ini bermula dengan sesi perkenalan serba sedikit dengan watak lelaki utama, Khuzairi. pembaca diperkenalkan dengan sahabat baiknya, Zaidi dan beberapa orang-orang penting dalam cerita ini.
Khuzairi bertemu semula dengan Mia Adriana, cinta yang sudah lama dipendam di Kuala Lumpur kerana hampir melanggar wanita tersebut. setelah dimaki, Khuzairi mengagak bahawa wanita tersebut merupakan Mia Adriana namn Zaidi tidak mengiakan mahupun menidakkan.
mereka berjumpa semual di pejabat guaman ayah Mia Adriana namun perjumpaan tersebut tidak disenangi oleh Mia Adriana akibat kisah silam yang membuatkan Mia Adriana terlalu membenci Khuzairi.
takdir telah menentukan, mereka berdua terpaksa berkahwin demi menjaga maruah keluarga Mia Adriana. perkahwinan itu tidak dipersetujui sepenuhnya oleh Mia Adriana namun dia terpaksa kerana dia menyayangi ayahnya.
perkahwinan yang tidak bahagia itu semakin goyah apabila ayah Mia Adriana meninggal dunia dan mama Mia Adriana pulang semula ke Malaysia. Mia Adriana dihasut ibunya untuk terus membenci Khuzairi. bermacam-macam fitnah dilemparkan. namun, Khuzairi tetap bertegas untuk membawa Mia Adriana pulang ke kampung atas nama taggungjawab seorang suami.
semakin lama, cacian dan makian terhadap Khuzairi semakin kurang namun kehadiran Mia Adriana tidak disenangi oleh ibu tiri Khuzairi, Mak Leha dan Helmi, adik tiri Khuzairi.
setelah Helmi insaf, tika itu, Khuzairi pula semakin membenci Mia Adriana kerana tahap kesabarannya tercabar setelah Mia Adriana tidak berubah sepenuhnya. Mia Adriana difitnah dan disakiti sehingga dia mengambil keputusan untuk keluar dari rumah tersebut walaupun sedang sarat mengandung. apa yang terjadi selepas itu? sila ke kedai buku segera!

Komen Ieka
cite neyh best sgt sbb da lawak, romantik, konflik n kasih sayang keluarga. mmg pnat nk baca buku setebal kamus neyh tp psti xsba nk abehkn buku neyh. ksudahan mmg ditunggu. so, sila dptkn buku neyh segera. xnyesal pnya baca buku neyh.

No comments: