1 Orang Jiran Sebelah Sibuk

Lain Orang, Lain Ragam


assalamualaikum semua^^

kerja dengan abah neyh, banyak benda baru yang ieka belajar. ada yang best, ada yang macam hampeh. buat masa sekarang, benda yang ieka bangga sangat sebab dapat tahu ialah belajar memahami kerenah manusia yang macam-macam. ieka yang asalnya dahulu sangat panas baran, sekarang menjadi semakin tenang. tapi still marah-marah lagi kalau mengada lebih-lebih sangat. kadang-kadang, ieka lepas marah dekat orang lain seperti dekat budak sorang tu. nasib la. mangsa keadaan. nanti ieka minta maaf la. hehe.

pe yang memeningkan sangat tentang perangai diorang tu? banyak!
ieka bagi contoh sikit.

KES 1
tak jadi pada ieka. jadi pada kakak ieka yang nombor satu dan tiga. ada seorang kakak ni, dia datang kedai and belek-belek telur kat bahagian depan kaunter. kakak sulung ieka pun tanya,
"kakak nak beli apa?"
kakak ieka dengan penuh rasa bertanggungjawab serta ramah bertanya dengan hasrat nak membantu kakak tadi. lalu, kakak tu pun menjawab,
"tak apalah adik. malulah nak bagi tahu" sambil tersipu malu
ada juga orang macam ni. tengok-tengok, dia beli telur 10 biji je. maybe dia malu nak sebut telur kot. otak biru ke kakak tu?

KES 2
kawasan abah buka kedai tu, ramai sangat mamat bangla, vietnam, myanmar, etc. diorang ni, ada yang pandai cakap melayu, ada yang tak pandai, ada yang tahu sikit-sikit, ada yang buat-buat tahu, ada yang... entahlah.
yang best nye, ada sejenis spesies mamat ni yang bila diowg cakap, mesti letak perkataan 'is' di depan. contohnya mamat tu nak beli card digi, dia akan kata "is digi". bila nak beli kicap, "is kicap" tak pelik ke? cuba bayang kalau kita cakap macam tu, mesti kena penampar beberapa kali. "ialah kicap ialah beli" hehe.
tak apalah. janji diorang gigih nak belajar sebab nak cari duit di malaysia. semoga diorang maju jaya.

banyak lagi benda yang lawak terjadi waktu ieka ada dekat kedai. kalau nak cerita, esok pun belum tentu habis. so, nanti ieka sambung cerita.