2 Orang Jiran Sebelah Sibuk

Kepentingan Belajar Bahasa Asing


assalamualaikum semua^^

petang-petang macam ni, terasa pula nak post something. fikir punya fikir, akhirnya idea datang juga! alhamdulillah.
hari ini, yakni di petang yang sangat mulia, ieka nak merepek bercerita pasal, jeng! jeng!! jeng!!!
KEPENTINGAN BELAJAR BAHASA ASING

opps! reverse jap.korang tak rasa nak tanya ke kenapa ieka tiba-tiba tulis dalam ejaan yang full ni? tak ada singkatan langsung sejak beberapa post yang terbaru ni. ke korang tak perasan pun, or tak ada perasaan. hehe. nak tahu tak? tak nak tak apalah. tak jadi lah nak bagi tahu.

okay. kepentingannya ialah tak kira nak ke tak, ieka nak bagitahu juga! jumlah pelawat semakin lama semakin banyak dan purata pelawat setiap minit juga semakin meningkat. ada sesetengah pelawat yang bagi komen yang agak sukar untuk membaca tulisan yang disingkatkan. yelah. tak semua orang faham singkatan yang kita guna. so, untuk memudahkan pembaca, ieka decide untuk start tulis dalam tulisan yang full. baik tak ieka?

<--Back To Topic-->

KEPENTINGAN PERTAMA
senang nak berkomunikasi. ini memang paling penting dan utama. demi menyahut seruan Gagasan 1Malaysia, komunikasi sangat penting untuk eratkan perpaduan. bila wujud sefahaman, jd pergaduhan tidak akan tercetus.

KEPENTINGAN KEDUA
boleh melancong ke luar negara dengan senang hati. hal ini kerana, tak perlu keluarkan duit yang lebih untuk sewa (?) pemandu pelancong atau beli kamus pelancong yang MasyaAllah, susah giler nak guna. bukankah lebih senang jika kita mampu untuk bertutur dalam bahasa negara yang kita lawati daripada nak selak-selak kamus yang boleh tahan tebalnya atau menempatkan seorang manusia yang asing dengan kita dan mengheretnya kemana sahaja kita pergi serta membelanja dia sepanjang trip kita hanya untuk mengelakkan berlaku ketidaksefahaman dengan rakyat setempat.

KEPENTINGAN KETIGA
mengelakkan diri daripada kena tipu. contohnya, apabila pergi membeli belah di Padang Besar. kita dapat mengelakkan diri sendiri daripada kena tipu  dengan penjual yang tidak bertanggungjawab memberi kita barangan yang tidak berkualiti mahupun menjual kita dengan harga yang lebih mahal atau menjual barangan yang ada tertulis 'Not For Sale'.

KEPENTINGAN KEEMPAT
tunjuk terer. walaupun agak takbur serta riak, tapi apa salahnya nak menunjuk. kita penat-penat belajar sampai pandai, takkan nak buat bodoh serta tak tahu ja. betul tak?

ieka taklah pandai sangat dengan bahasa asing ni. ieka just tahu beberapa bahasa sahaja. 
1. bahasa melayu
2. bahasa inggeris
3. bahasa mandarin
4. bahasa korea
5. bahasa jepun
6. bahasa arab
untuk no 1, 2 & 3 memang ieka master lah! tapi no 4, 5 & 6, ieka just tahu sikit-sikit. memadai setakat ucapan yang selalu digunakan serta perkataan common. tak rugi belajar bahasa orang lain. nasihat ieka, belajarlah sebanyak mungkin selagi umur masih muda.

2 comments:

lyana said...

yay! setuju dgn ieka.. seronok bila dpt join study group geng chinese yg b'ckp dlm mandarin. belajar programming sama2 diowg. oppss... lupa pulak bgtau. kita ni sama2 computer science students. =)

xie_arf said...

waa..yeke..hehe..excitednye sma course.. <3