6 Orang Jiran Sebelah Sibuk

Himpunan Kisah Manusia Menjengkelkan


assalamualaikum semua^^


malam ni ieka nak bercerita sedikit tentang beberapa peristiwa ieka berhadapan dengan situasi yang sangat menjengkelkan sepanjang minggu lepas waktu berada di kedai abah. 

perangai ieka yang dari dulu memang tak boleh nak ubah ialah suka memerhati gelagat dan tingkah laku orang. ieka pun tak tahu kenapa dan mengapa ieka suka sangat memerhati orang. sebab itulah ramai sangat manusia yang tak kenal ieka betul-betul perasan yang ieka suka diorang. sebab serta alasannya ialah, ieka selalu sangat tengok diorang. HELLO! come on lah! perangai ieka memang macam tu.

berbalik kepada topik kita tadi, ieka nak listkan beberapa scene di mana ieka terpaksa melayan beberapa orang pelanggan yang agak kerek serta menjengkelkan dan mempunyai segala perangai yang sewaktu dengannya. tujuan ieka nak kongsi cerita ini bukan nak kutuk atau nak aibkan diorang, tetapi nak ingatkan para pembaca supaya jangan sesekali buat benda macam ni sebab orang tak suka.

Nak Span!
kejadian ni baru je berlaku tengah hari tadi. sedia maklum ye, kedai abah memang sangat sibuk. kami kena siapkan order bukan setakat untuk pelanggan yang datang membeli di kedai sahaja, malah perlu siapkan barang untuk dihantar ke luar. pekerja memang tak cukup. waktu tengah hari, memang masing-masing sangat penat dah. 
tiba-tiba, datang seorang pakcik ni. waktu itu, ieka tengah duduk di kaunter dengan achik. ieka pun tanya la, "pakcik cari apa" dengan muka sinis, pakcik tu jawab "span ada?" ieka pun dengan muka yang sangat yakin, tujuklah span yang tergantung belakang pakcik tu. tiba-tiba muka pakcik tu jadi macam nak marah. dengan agak kasar, dia kata kat ieka, "pi la ambik mai!" ieka dengan mata hampir terbeliak serta menahan amarah yang semakin membahang, ieka memaniskan muka dan bertanya, "pakcik nak banyak mana?"
dia dengan mensiniskan lagi muka jawab, "satu bungkus tu pun tak tahu ada banyak mana lagi. macam mana nak tahu nak beli banyak mana. bawak la sini." pada masa yang sama, datang pula seorang kakak ni, nak bagi tahu ieka yang ieka silap kira. ieka nak kena bagi duit balik dekat dia. pakcik tu pula jerkah, "SETEL LA SAYA PUNYA DULU!" ieka dengan kemarahan yang hampir meletup, terus panggil abang suruh tolong setelkan. last sekali, pakcik tu kena bayar mahal sebab abang silap tengak harga. haha.

Lighter Untuk Apa?
semalam, ada seorang pakcik datang tanya tembakau waktu kami da nak tutup kedai. ieka baru siap mengira pendapatan kami untuk hari itu. ieka cakaplah tembakau tak jual. dia tanya pula "rokok daun ada?" ieka pun jawablah dengan nada yang agak sopan, "rokok, tembakau.. semua jenis-jenis tu kami tak jual" pakcik tu terus senyum sinis and jawab balik, "habis tu, lighter jual pula?"
ieka tarik nafas dalam-dalam sebelum jawab, "pakcik, takkan lighter tu boleh guna nak cucuh rokok saja. boleh cucuh macam-macam lagi ah." dia terus blah tanpa balas apa-apa. ha, kan dah kena sebiji. cakap tak pakai otak.

Besar Punya
petang semalam juga, ada dua orang kakak ni, datang nak beli serbuk cili. dia minta kat achik. "saya nak serbuk cili yang besar" sambil mendepangkan kedua-dua belah tangan untuk menunjukkan besar. achik pun masuk lah ambil satu bundle. bila bawa sampai depan, dia pun jawab, "ha. yang besar kat dalam tu. satu bungkus saja." achik pun mukanya bertukar jadi tension. ieka yang kat tepi tadi just mendengar tiba-tiba membuka mulut tanpa sedar. "kak, kalau nak sebungkus ni, bagi tahu serbuk cili bungkus besar 1. bukan serbuk cili 1 bungkus besar. nanti orang ingat nak satu bundle. bukannya ringan nak angkat 1 bundle." kakak tu senyap je. ieka yakin dan pasti, itulah kali pertama dan terakhir kakak tu akan datang membeli-belah di kedai abah.

bila fikir-fikir balik, rasanya memang ieka yang salah 100% sebab ieka cakap agak kasar dengan orang yang lebih tua. walaupun ieka tak maki direct, tapi kata-kata ieka for sure akan buat diorang terasa. tapi nak buat macam mana, cuba korang yang berhadapan dengan situasi macam ieka, mesti korang pun tak boleh tahan. betul? 

6 comments:

Mas Ira Syafila said...

HAHA , law aku pun wat cam hg gak .

xie_arf said...

ada juga orang yang sokong aku..hehe..

Mas Ira Syafila said...

haha . kita kan siblings :DD

xie_arf said...

of kos..kakak yang sgt best!satu2nya mnusia yang aku panggil kakak..hehe..

Momoiro Sakura said...

hahhahahahha kita sma la... sya ayah bka kdai runcit mcm2 prangai org yg mnyakitkn hati... ada plak yg x pham bhasa bila kata hbis p tnya "1 pn x da ka?".. haih x pham bhasa btul org cm nih..

xie_arf said...

betul..orang yang mcm tuh mmg ramai..rasa macm nk bg kamus dewan je..