0 Orang Jiran Sebelah Sibuk

Bila Hati Marah, Apa Nak Buat?


assalamualaikum semua^^

apa guna nak marah lama-lama. betul? memang ramai orang yang fikir macam tu tapi bukan senang nak hulurkan kemaafan. ya. BENAR! walaupun hati ingin sekali nak berbaik-baik, tapi ego akan menghalang. kalau korang perasan, sudah banyak kali ieka sebut pasal ego. memang ieka ego sangat. sukar untuk ieka nak maafkan orang walaupun ieka teringin sangat nak berbaik balik. pada masa yang sama, ieka akan fikir, "kan bagus kalau aku tak marah dari awal-awal lagi". tapi, apa boleh buat. semua sudah terlambat untuk menyesal. 

jadi, apa boleh buat?

memaafkan sahaja. marah itu macam api. kalau dibiarkan lama-lama, nescaya akan marak. apatah lagi kalau ada pula orang yang curah minyak. lagi cepat marah. so, ieka nak bagi tips dan cara yang ieka rasa boleh membantu mengurangkan marah sedikit. tetapi, benda di bawah ini tidak mampu untuk mengurangkan atau meruntuhkan ego. jadi, ieka akan bincangkan cara untuk merendahkan ego pada post yang lain.

CARA PERTAMA
ucapkan istighfar. sesungguhnya, mengingati Allah swt akan menenangkan jiwa. apabila jiwa tenang, pasti kita akan tidak lagi berasa marah. ieka pasti, inilah cara yang paling mujarab. tapi harus diingatkan, cara ini bukanlah akan berkesan dengan sekali sebutan. amalkan beristighfar setiap kali marah, InsyaAllah, jiwa kita akan automatik menjadi tenang apabila kita mengingati Allah swt.

CARA KEDUA
cuba untuk senyum apabila terasa ingin marah. senyuman mampu menenangkan hati. tidak kira walau dalam apa keadaan sekalipun, apabila tersenyum, suatu perasaan yang berbeza, yakni perasaan yang menggembirakan akan muncul dari benak hati. jadi, perasaan marah tu akan hilang secara tiba-tiba sedikit demi sedikit. oleh itu, adalah perlu untuk senyum dengan lama untuk mengurangkan rasa marah.

CARA KETIGA
bangun dan berlalu meninggalkan mereka yang membuatkan kita marah. hal ini tidak berkesan sangat untuk menghilangkan marah tetapi sangat berkesan untuk mengelakkan kita daripada memaki hamun rakan lantas menyebabkan tercetusnya pergaduhan serta pertelingkahan.

CARA KEEMPAT
diam. macam lirik lagu New Boyz, Biar aku berdiam diri, Dengan hati yang remuk redam, Kau tak usah lagi bertanya, Tak ku bersuara . bila marah, cara yang paling baik adalah diam. hal ini kerana boleh mengelakkan dari terkeluarnya kata-kata kesat mahupun sumpah seranah yang sesungguhnya tidak enak untuk didengar oleh budak-budak mahupun orang tua. 

CARA KELIMA
pergi ke tempat sunyi dan jerit sekuat hati. sangat berkesan tapi sekarang susah untuk berbuat begini sebab seluruh pelusuk dnia sudah diterokai. mana nak cari tempat yang sunyi. even ada pun, rasanya dah hilang marah tu baru nak sampai kat tempat yang 'sunyi' kononnya tu.

ieka rasa lima cara ini sahaja yang ieka mampu ikhtiarkan malam-malam macam ni. korang yang lain tu ada cara lagi tak? kalau ada, sila kongsi. ieka tak suka sangat marah-marah sebab sebenarnya marah boleh menyebabkan badan menjadi letih dengan lebih cepat. tapi, bukan senang untuk tidak marah. jadi, kita harus belajar untuk mengurangkannnya.

renung-renungkan dan selamat beramal.

No comments: