0 Orang Jiran Sebelah Sibuk

Review Novel: My Love Playgirl

assalamualaikum semua!
arineyh, ieka nk wat review novel cket ^^

My Love Playgirl
by: Siti Nur Dhuha
Hero: Hasrul
Heroin: Puteri Laila

Jalan Cerita
novel neyh diceritakan oleh pihak ketiga tapi banyak diselitkan kata-kata hati watak yang tidak diluahkan. 
Puteri Laila merupakan anak orang kaya yang sombong, bongkak dan perasan bagus. dia suka menghina dan memandang rendah orang miskin. segalanya berubah bila dia bertemu dengan Hasrul, seorang lelaki penjual ikan di pasar apabila dia dituduh meraba punggung datuk Hasrul, Datuk Akil. Puteri Laila cuba menjelaskan segalanya kepada Hasrul namun lelaki itu tidak percaya lantas mencurahkan air ikan ke atas Puteri Laila sebanyak dua kali. 
takdir menemukan mereka semula. Puteri Laila ditolak oleh Hasrul ke dalam longkang setelah nenek saudara Hasrul, Nenek Uda menipu Hasrul bahawa Puteri Laila berkasar dengannya sehingga menampar wanita emas itu.
sedari itu, Puteri Laila ingin sekali mengelak daripada berjumpa Hasrul, namun sudah jodoh. mereka tidak dapat berjauhan.
Puteri Laila terkejut apabila daddynya, Megat Kamaruzzaman, mendakwa bahawa Hasrul merupakan bapa saudara Puteri Laila. lebih mengejutkan, daddynya itu menghilangkan diri setelah bankrap dan meninggalkan Puteri Laila di bawah jagaan Hasrul. Puteri Laila menghadapi kesusahan untuk membiasakan diri tinggal bersama lelaki yang sangat dibencinya di teratak buruk milik lelaki itu.
semakin lama, dia semakin biasa dengan situasi itu. akhirnya, Puteri Laila berubah setelah banyak halangan terjadi. mereka sedar bahawa mereka saling mencintai, tetapi mereka mengerti bahawa cinta mereka merupakan cinta terlarang. mereka mengambil keputusan untuk terus saling menyayangi walaupun tidak akan dapat bersama.
Megat Kamaruzzaman kembali dan membawa Hasrul serta Puteri Laila tinggal bersamanya. dia menceritakan semua penipuannya bahawa dia tidak bankrap. segala yang berlaku adalah untuk merubah Puteri Laila.
apabila keadaan menjadi semakin terdesak, Megat Kamaruzzaman akhirnya mendedahkan siapa mereka berdua sebenarnya.
apa jadi seterusnya? beli dan bacalah sendiri novel menarik ini!

Komen Ieka
novel neyh mnarik sbb penulis menggunakan bahasa sempoi dan konflik yang berlaku ringan. adegan lawak dan mencuit hati juga banyak. menarik baca novel neyh. rasa macam nak habiskn dlm masa satu hari. 
tak rugi beli.

No comments: