4 Orang Jiran Sebelah Sibuk

Review Novel: M.A.I.D

assalamualaikum semua^^
pekabo?
ari neyh, ieka nk wat review novel skali ag..

M.A.I.D.
by: Suri Ryana

Hero: Harris
Heroin: Noorul

Jalan Cerita
novel neyh diceritakan oleh Noorul sendiri yang membahasakan diri sebagai 'aku'.
Noorul merupakan seorang penganggur berjaya. dia yang terdesak dan menyampah dengan statusnya sebagai penganggur itu mengajak sahabat karibnya, Iman ke agensi pekerjaan. pegawai bertugas meletakkan dia sebagai pembantu rumah kepada seorang lelaki yang bernama Harris. mendengar pada pesanan serta kriteria pembantu rumah yang diingini, Noorul sudah mengagak bahawa Harris merupakan seorang lelaki yang sangat cerewet.
pertemuan pertama mereka adalah di dalam lif bangunan di mana terletaknya penthouse Harris. pertemuan pertama dan kedua mencetuskan kemarahan Harris akibat kecuaian dan sikap kelam kabut Noorul. kerana hal itu, Noorul berusaha untuk menyembunyikan bahawa dia merupakan pembantu rumah Harris kerana takut akan dibuang kerja.
apabila rahsianya bocor, kerjayanya yang hampir musnah itu diselamatkan hasil pujuk rayu adik Harris, Haikal yang ada hati terhadap Noorul. namun, layanan Harris semakin teruk. tapi situasi itu tidak lama. mereka semakin mesra. 
akibat dendam, fitnah telah ditabur dan mereka berdua terpaksa berkahwin. apabila hati sudah bersatu setelah menyatakan rasa hati masing-masing selepas penat berlakon, ibu Harris, Datin Sri Kirana pula tidak menyenangi Noorul.
tidak cukup dengan itu, kekasih lama Harris, Nurina pula kembali ingin menagih cinta Harris. Elisa pula mendakwa bahawa Noorul mempunyai niatnya yang tersendiri untuk berkahwin dengan Harris. 
apa terjadi seterusnya?
sila ke kedai buku untuk mendapatkan novel ini!

Komen Ieka
novel neyh merupakan kisah cinta yang ringan dan sesuai untuk otak yang menginginkan kisah romantik yang tidak punyai banyak konflik. bahasa yang sempoi mengelakkan pembaca daripada berasa bosan. sikap cuai  Noorul dan sikap Harris yang suka mengusik merupakan daya penarik utama novel ini.
pengorbanan seorang rakan mampu menyentuh hati. rasa cinta yang ikhlas mampu mengusik hati.
jangan lupa dapatkan novel ini!

bila baca yg Harris ialah bkas plajar SMSTSP, asa bangga lak..huhu..lol!