0 Orang Jiran Sebelah Sibuk

FairyTale: Salju dan Puteranya --> Live Action


neyh fairytale terbaru dari ieka..enjoy yerk..

Pada zaman dahulu, tinggallah seorang puteri, Salju bersama dayangnya yang sentiasa berada di sisinya, Liyana.

Mereka tinggal berdua sahaja di dalam istana. Istana yang besar itu dikawal oleh seorang pengawal bernama Zakwan. Zakwan dan Liyana sentiasa menemani Salju bermain setiap hari tanpa jemu.


Salju sabar menunggu kedatangan puteranya saban hari. Setiap petang, dia akan berdiri di luar istana kerana menunggu puteranya.


Namun, putera yang dinanti tetap tidak berkunjung tiba.


Salju tetap sabar menanti. Dia yakin bahawa putera yang dinanti pasti akan datang juga suatu hari nanti.

Namun, ketabahannya tidak disenangi.


Seorang puteri dari negara jiran, Nadia sememangnya tidak menyenangi Salju. Lantas, dia menghantar Ilham untuk membunuh Salju.


Sedang Salju bermain-main bersama Liyana, tiba-tiba Ilham datang menyerang.


Salju ketakutan lantas menjerit meminta tolong. Liyana dan Zakwan sudah terbaring tidak sedarkan diri.Salju merasakan bahawa inilah detik terakhirnya hidup di dunia. Di dalam hatinya merayu agar puternya datang menyelamatkannya. 


Tiba-tiba muncul seorang lelaki datang menyelamatkan Salju. Nampaknya, putera yang ditunggu muncul jua.


Akhirnya, Ilham berjaya dikalahkan. Putera berhasrat untuk tinggal dan hidup bersama Salju buat selama-lamanya lantas melamar Salju. Salju pun bersetuju.


Namun, tidak semua kisah dongeng berakhir dengan kebahagiaan....


cerita ini rekaan semata-mata. tidak ada kena-mengena dengan yang hidup atau yang mati. lakonan dan pelakon dipilih secara rawak.

lokasi lakonan: depan ocean glow, perlis

terima kasih kepada semua krew dan pelakon yang terlibat.

No comments: