0 Orang Jiran Sebelah Sibuk

Program Didik Cemerlang by UniMAP


mcm yang smua taw, ak join PROGRAM DIDIK CEMERLANG anjuran UniMAP tahun 2009. kami batch first yg join program neyh dari PMR n dilanjutkan ke SPM. kira trial batch lerw ^^
agak best la program neyh walaupun kgkdg agak menyampah, tp aku ttp enjoy sbb dgn program neyh la ak kenal amai kwn bwu n aku gak jd makin apat ngan bbdk skola aku XD

erm, maybe da sstengah yg xpenah dgr pn program neyh or kata cam pe tah lg kan, xglamer langsung..sapa kata!!

baca neyh;

Pelajar cemerlang akan diperkasa jati diri

KANGAR 3 April - Para pelajar cemerlang di Perlis akan perkasakan jati diri mereka untuk terus menghadapi cabaran ilmu hingga ke menara gading, kata Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Prof. Datuk Dr Kamarudin Hussin hari ini.
Menurutnya, sebagai langkah awalan, mereka akan didedahkan dengan pelbagai program di universiti itu termasuk melalui program Didik Cemerlang 2010 anjuran bersama universiti itu dan Jabatan Pelajaran Perlis yang berlangsung hari ni.
Program itu bukan sahaja membantu memperkasakan para pelajar dalam cabaran menuntut ilmu malah akan terus memperkasakan mereka sehingga mereka sudah menjadi anggota perkhidmatan awam atau menyertai sektor swasta.
Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Program Didik Cemerlang 2010 di sini hari ini, beliau berkata, program itu akan dapat menggilap potensi pelajar untuk menjadi seorang mahasiswa yang cemerlang.
Selain itu, program itu turut mendedahkan kepada para pelajar mengenai kehidupan sebenar mahasiswa yang secara tidak langsung akan dapat menarik minat mereka untuk melanjutkan pengajian di universiti itu.
Sebanyak 267 pelajar terpilih mengikuti program selama tiga hari itu di Yan, Kedah dan mereka terdiri daripada para pelajar cemerlang dalam SPM dan PMR.
Sementara itu, Kamaruddin gembira kerana sebahagian besar lepasan UniMAP telah berada dalam pasaran pekerjaan di sektor awam dan swasta dan ia membuktikan program pengajian di universiti itu adalah sejajar dengan keperluan industri.
"Kami akan terus mengadakan hubungan rapat dengan sektor industri selain mengadakan jerayawara serta mengadakan pertemuan dengan alumni UniMAP," katanya.
Hadir sama pada majlis itu ialah Pengarah Pelajaran Perlis, Mansor Lat. - Bernama

ori - here

so, pa pendapat?
p/s - t aku upload gamba program ya!

No comments: