0 Orang Jiran Sebelah Sibuk

Menjelma Kembali

Di Taip Laju-laju Pada 4 March 2017

Assalamualaikum you olls.

Wah, wah! Lepas dua tahun lebih tak meng-update blog ni, tiba tiba malam pagi ni rajin pulak rasanya nak menaip. Inilah jadi nya bila duduk bilik sorang, banyak kerja and jarang keluar. Ini lah tempat mengadu yang boleh nak membebel banyak banyak.

Macam awkward sikit haha sebab lama nya lah hai tak menulis sini. Ada lagi ke orang nak tengok blog ni. Silap silap, bebel sorang I olls.

Anyways, kita cerita pasal perkembangan semasa diri lah. Ieka still kat UTM, final semester and insyaAllah hujung tahun ni boleh kot grad degree. Dan kalau ada rezeki, boleh lah nak sambung master.

Cerita nya pasal last sem ni, banyak la pulak kerja nya. Contoh nya minggu depan kena hantar banyak gila assignment. Boleh kata semua subjek ada kerja and semua nya susah orz.

So untuk menghilang kan sedikit tension and stress di hati, Ieka start la baca novel novel omputih. Haa! Dah tak layan sangat dah novel melayu sekarang ni. Terlalu cliche and repetitive. Apa guna beli buku banyak banyak kalau in the end, cerita lebih kurang and baru sampai suku buku, dah boleh agak ending macam mana, siap boleh tolong selesaikan konflik yang ada. Tak ke membazir namanya?

Buku omputih ni macam banyak genre sikit and dia menyetuh banyak aspek. Even normal cliche love story, mesti akan ada something yang jadi kan dia unik.

So, buku yang Ieka tengah baca ni tajuk nya Fangirl. Best sebab macam relatable sikit dengan diri sendiri haha. Nanti bila Ieka dah habis baca, Ieka tulis review sikit eh. Mana tahu ada yang beminat nak membaca kan.



Uhm, ni je kot nak membebel kali ni. Jumpa lagi, insyaAllah kalau Ieka tak lupa pasal blog ni sekali lagi lol. Take care guys.